Wednesday, June 8, 2011

Rasa Macam Jumpa Alien

Hasil perahan otak Nliana pada 12:07 PM
Assalamualaikum. Salam sejahtera. Terpunya perasaan nak mengupdate blog hari ni. Semata-mata nak melepaskan apa yang tersirat dalam kepala otak ni.


Semalam keluar dengan adik and her boyfriend and also with my ex. Huh!!! Sangat tidak menyangka yang aku sanggup bersetuju dengan idea adik aku tu. Sememangnya kalau boleh aku nak mengelakkan diri dari bertemu dengannya kembali. Aku tak rela la tapi entah kenapa la aku setuju je dengan idea adik aku tu.


Tapi kalau nak diikutkan memang la dia yang in the first place nak jumpa aku atas alasan dah lama tak jumpa aku. Yela, memang dah lama. Nak dekat dua tahun la jugak. Eh salah, memang dua tahun dah pun. Wah!!! Macam tak percaya je, dua tahun aku single.


Aku try jugak nak cakap something dengan dia tapi entah la terasa macam ada je yang menyekat. Tak terluah langsung. Rasa macam yang duduk sebelah aku tu space alien je tau. Sumpah tak tipu. Macam langsung tak terasa yang dia ada kat sebelah aku. Macam yang kat sebelah aku tu entah mana2 mamat yang tiba2 sesat dan duduk sebelah aku. Padahal aku dengan dia sangat rapat la jugak since kenal dia masa darjah 5. 1999 sampai 2009. 10 tahun tu. Tapi disebabkan something, 10 tahun tu dah macam tak bermakna. Memang sangat tak bermakna. Aku macam dah tak kenal dia. Bukan aku saja, kawan baik dia pun dah macam tak kenal dia. Oh, dia tu siapa nak perli2 atau nak jealous aku baik dengan bestfriend dia. Suka hati aku la nak baik dengan anyone yang aku nak. Apa hak dia nak cakap macam tu semalam. Ikutkan baran nak je aku bagi mamat tu semalam.


"Mintak maaf la banyak2. Aku dah tak dapat nak terima kau lagi dah. Baik sebagai kawan mahu pun lebih dari itu. Hati aku dah tertutup buat kau. Dah takde tempat untuk kau dalam hati aku. Masa yang dah berlalu tu memang sangat indah bagi kita. Tapi takde apa yang tertinggal untuk kita sekarang. Kau kata kau sayang. Maaf la, aku dah tak lagi faham sayang tu apa. KITA BUKAN LAGI KAU DAN AKU YANG DULU"

3 insan berkata-kata:

NOOR FATIN said...

mak aii. haha berani no. aku penah ajak faiq jumpa ex aku, bertuah sgt la kalau dia mau. lagi marah aku ada la. hehehe

M Fizan said...

wohooo...berat topik nie..huhu

mybe kena dgn ayat nie
" Now we know each other so close, maybe later, we act like strangers, so far again.
See, how funny life sometimes would be. "

:)

'Angel' Ina said...

fatin: aku pun tatau macam mana aku boleh nak jumpak dia...rasa kosong sangat...sangat2 xdak feel...nyesal pun ada


fizan: berat ke?hehe...rasa kosong je...kena jugak la dengan ayat tu...nama pun kehidupan penuh dugaan dan cabaran kan

Any Message?

 

One Moment In Time Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review