Tuesday, June 28, 2011

Takde Perasaan Dah

Hasil perahan otak Nliana pada 7:44 PM
Assalamualaikum. Diharapkan semua yang membaca blog aku ni sihat. Aku tengah demam sekarang ni. Secara tiba2 pulak tu demam. Takde simptom2 langsung. Sampai sekarang ni pun asyik batuk2 je. Sampai semput dah ni ha. Dah lama pulak tu tak demam macam ni.



Berbalik tajuk kat atas tu. Aku dah takde perasaan dah. Aku tulis entri ni disebabkan perbualan telefon dengan Abang Amir.

Dia: Abg saje la call adik. Mana la tau kan hilang rindu adik dekat abg
Aku: Erkk. Rindu? Adik tak rase pape pun. Biase je. Adik dah takde perasaan la abg.
Dia: Aik? Apsal pulak adik abg ni? Frust bercinta lagi ke?
Aku: Eh, bila masa pulak adik bercinta?


Ok, dah la sikit2. Aku memang dah takde perasaan sekarang ni ow. Entah la. Mungkin disebabkan drama2 bersiri yang jadi sebelum ni. Aku seriously dah tak paham ape makna setiap perasaan tu. Rindu? Sayang? Cinta? And etc. Ape tu? Dalam hati aku sekarang dah takde wujud perasaan tu rasanya. Keadaan yang memaksa. Dan aku hanya merelakan. Mungkin ini jalan yang terbaik untuk aku buat masa ni. Siapa tau kan?


Kadang2 kita merasakan yang hidup ini sangat tak adil. Tapi kita tak tau hikmah yang ade di sebalik semua yang terjadi dekat kita. Rahsia Tuhan tu tersangatlah luas. Kita tak tau ape yang Dia rencanakan untuk kita. Semua yang terjadi adalah ujian. Tuhan tak akan uji kita dengan sesuatu yang di luar kemampuan kita. Dia tau yang kita mampu, sebab tu Dia uji kita. Itu tandanya Dia sayang kita.


Segala apa yang berlaku sebelum ini dah mampu menjadikan aku seorang yang mampu menerima kenyataan. Aku hanya mampu mendoakan dari jauh kebahagiaan orang2 yang aku sayang selama ini. Siapa aku untuk menghalang mereka dari bahagia dengan insan2 yang dah mereka pilih? Aku takde hak langsung. Aku harus melepaskan mereka mencari dan mengecapi kebahagiaan mereka sendiri. Aku memang jahat kalau aku ade perasaan cemburu walau sedikit pun. Siapa aku nak cemburu?


Ok, sekarang aku dah mampu nak buang semua perasaan tu jauh2. Walau kadang2 kenangan2 dulu kembali, semua itu hanyalah kenangan. Kenangan untuk kita ingat bukan untuk kita buang. Cuma kita janganlah hidup dalam kenangan. Tak ke mana pun hidup kita nanti.


Aku harus kuat menempuhi hari2 aku. Aku ada tanggungjawab dan aku harus jalankan tanggungjawab aku tanpa memikirkan benda2 yang tak berapa nak penting. Aku harus teruskan hidup.


Kata2 kawan2 aku;
  • Bukan ke orang kata; "save the best for last"
  • Single doesn't mean you're loser but it more likely that He's saving you for someone special
Aku kata; "Ok pe single. Takde la banyak sangat buat dosa"



[Owh, ye. Orang jauh dah nak balik Malaysia. Dah lama tak jumpa dia. I miss him. Rindu zaman dulu, belajar sama2 dekat library masa nak final exam. Aku tak lupa kau la, dude!!! Balik cepat ok. Ada masa boleh la jumpa kau.]

0 insan berkata-kata:

Any Message?

 

One Moment In Time Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review