Friday, September 16, 2011

Seronoknya Tengok Orang

Hasil perahan otak Nliana pada 9:48 PM 2 insan berkata-kata






AssalamualaikumMySpace


Kita kadang2 seronok kan tengok orang lain.


"Eh, bestnye dia dapat pakwe/makwe hensem/cantik"
"Eh, kenapa dia pulak yang naik pangkat? Tak adil betul!!"
"Wah, kau kerja besar sekarang. Kaya lah kan?"
Bla, bla bla


Aku pun ada perasaan macam tu wei!! Siyes tak tipu. Sebab aku rasa sangat iri hati dengan orang2 yang tengah sambung Master buat masa ni. "Aku pun nak sambung Master jugak!!!" Ok, agak kecewa jugak buat masa sekarang. Ramai kawan aku yang tengah ambil Master sekarang. Kenapa ye? Sebab aku rasa aku lagi suka belajar dari kerja. Sebab tekanan belajar dengan kerja ni lain2.


Contoh;
  • Kalau belajar, hari2 kita akan belajar benda baru. Kalau kerja, hari2 buat benda yang sama. Aku ni jenis yang cepat bosan dengan benda yang sama. So kalau dah bosan, mood aku nak buat kerja akan terjejas.
  • Kalau belajar, tak semestinya kena g kelas selama 8 jam straight. Kalau ada gap antara kelas, boleh balik rumah tidur. MySpaceKalau kerja, bosan ikut office hour. 8-5 or 9-5 or bla bla bla. Kalau nak tidur kena tunggu lunch break.
  • Kalau belajar, ramai orang dalam kelas. Jadi kalau bosan, boleh usha classmate. MySpaceKalau kerja, kadang2 tak ramai orang macam dalam kelas. Jadi, bosan sebab orang tak ramai. Tak boleh nak usha sangat2.
  • Kalau belajar, lecturer best sebab memahami student. Kalau kerja, kadang2 dapat bos yang macam bangang.
  • Kalau belajar, boleh stay up malam2. Konon nak buat assignment, nak study sebab ada test padahal nak layan drama korea. Kalau kerja, pukul 10 malam mata dah mintak tutup.
  • Bla, bla, bla
  • Satu je yang best, tiap2 bulan gaji masyuk kalau kerja.MySpace


Ni apa yang aku rasa je la. Tak semestinya sama dengan orang lain. Sila jangan maki aku kalau korang tak setuju dengan aku.


Aku masih lagi berangan2 nak further Master. Mungkin after a year aku tamat kontrak dengan Maybank kot. Itu pun kalau Maybank tanak sambung kontrak aku. Tapi, mintak2 la dapat sambung. Kalau dapat sambung, makna kata kena buat part time study la.


Kenapa aku beria2 sangat nak sambung Master? Aku nak sambung kat UUM. Kalau full time, kena balik buat kat Sintok. Kalau part time dekat KL ade kampus UUM. So, senang la kan? Lagi pulak, UUM ada course yang sangat2 sesuai dengan jiwa aku; Finance & subjek2 dia pun sangat best.


Semoga saja aku dapat further Master aku ni walau apa pun yang terjadi. Amin


Nota kaki: Tak baik dengki2 dengan orang. Rezeki masing2 kan.

Alhamdulillah

Hasil perahan otak Nliana pada 8:25 PM 0 insan berkata-kata











Encik G punya picture



Assalamualaikum

Malam ni malam terakhir tido dekat Sungai Petani sebab esok malam dah nak gerak g Cheras. Rasa sangat sayu la pulak. Macam tak biasa dok jauh kan. Tapi dulu takpe lah sebab just belajar tapi sekarang pun nak g belajar jugak cuma skop dia je yang lain sikit. Takpe lah, selagi hidup ni kena lah cari pengalaman banyak2 kan? Rasa macam sangat tak bersedia tapi nak buat macam mana terpaksa lah jugak sediakan diri walaupun tak berapa nak cukup. Hidup kalau takde ujian dan dugaan, bukan lah hidup namanya kan?

Ok, sekarang ni rasa macam dah cukup tenang. Kalau dulu serabut je rasa selalu tapi starting dari one night tu rasa macam dah sangat2 ok. Start dengan terbaca status seseorang dekat facebook yang menyebabkan air mata aku mengalir tanpa henti and after that pup!!!, macam magic je dan aku ok. Believe it or not. Rasa macam terbang segala bebanan dan tekanan yang ada selama ni.

Mungkin jugak sebab aku dah lama tak terfikir pasal tu kan. "Forgetting is easy if you keep practising". Yes, memang la agak susah tapi kalau dah lama2 tu akan ok jugak kan? Mungkin jugak sebab benda ni diluahkan kepada orang yang betul2 in the same boat dengan aku kot jadi agak senang lah nak dapatkan solusi. Syukur, alhamdulillah. Tuhan dah tunjukkan jalan.

Aku mengharapkan yang terbaik dalam hidup aku. Amin. Semoga dipermudahkan segala urusan.

Any Message?

 

One Moment In Time Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review