Friday, September 16, 2011

Alhamdulillah

Hasil perahan otak Nliana pada 8:25 PM











Encik G punya picture



Assalamualaikum

Malam ni malam terakhir tido dekat Sungai Petani sebab esok malam dah nak gerak g Cheras. Rasa sangat sayu la pulak. Macam tak biasa dok jauh kan. Tapi dulu takpe lah sebab just belajar tapi sekarang pun nak g belajar jugak cuma skop dia je yang lain sikit. Takpe lah, selagi hidup ni kena lah cari pengalaman banyak2 kan? Rasa macam sangat tak bersedia tapi nak buat macam mana terpaksa lah jugak sediakan diri walaupun tak berapa nak cukup. Hidup kalau takde ujian dan dugaan, bukan lah hidup namanya kan?

Ok, sekarang ni rasa macam dah cukup tenang. Kalau dulu serabut je rasa selalu tapi starting dari one night tu rasa macam dah sangat2 ok. Start dengan terbaca status seseorang dekat facebook yang menyebabkan air mata aku mengalir tanpa henti and after that pup!!!, macam magic je dan aku ok. Believe it or not. Rasa macam terbang segala bebanan dan tekanan yang ada selama ni.

Mungkin jugak sebab aku dah lama tak terfikir pasal tu kan. "Forgetting is easy if you keep practising". Yes, memang la agak susah tapi kalau dah lama2 tu akan ok jugak kan? Mungkin jugak sebab benda ni diluahkan kepada orang yang betul2 in the same boat dengan aku kot jadi agak senang lah nak dapatkan solusi. Syukur, alhamdulillah. Tuhan dah tunjukkan jalan.

Aku mengharapkan yang terbaik dalam hidup aku. Amin. Semoga dipermudahkan segala urusan.

0 insan berkata-kata:

Any Message?

 

One Moment In Time Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review