Wednesday, October 3, 2012

Tazkirah dalam lif

Hasil perahan otak Nliana pada 8:33 PM 0 insan berkata-kata
Assalamualaikum

Tadi lepas lunch turun bawah balik nak pegi bank.
Sekali terserempak dengan sorang aunty ni. Penah nampak tapi xtau nama.


Aunty: Keje sini ke?
Aku: Aah
Aunty: X penah nampak pun
Aku: Baru 2 bulan. Sebelum ni dekat 14C
Aunty: Oh patut la. Actuarial ke?
Aku: Aah
Aunty: Under sape?
Aku: Under Kak *******
Aunty: Oh. Bos besar tu cina kan?
Aku: Aah
Aunty: Xpela. Buat keje yang terbaik. Kita keje biar ikhlas, buat keje betul2. Bukan nak bagi orang tengok tapi nak bagi Allah tengok. Biar Allah yang judge nanti. All the best to you. Bye
Aku: Bye


Perbualan terhenti di level 2

Pengajaran: Lu pikir la sendiri:D

Terima kasih kerana mengingatkan

Hasil perahan otak Nliana pada 8:26 PM 0 insan berkata-kata
Assalamualaikum

Aduhaiiiii kena marah dengan bos sebab solat asar lambat;

Bos: Dah nak balik ke?
Aku: Belum g kak, nak g solat asar dulu
Bos: Haaaaaaaaa???? Tak asar lagi? 6.30 dah ni. Pegi solat cepat. Jangan la lambat2 kan solat


Esoknya, tiba2 nak balik tu dapat keje pulak. 8.15 baru boleh balik. Ingatkan nak sambung buat kat rumah tapi bos pulak rushing suruh siapkan. Ada lagi dialog pasal solat.

Bos: Dah solat dah?
Aku: Solat? Asar ke kak? Dah
Bos: Oh ok.Ni nak dekat pukul 7 dah. Kalau tak solat lagi memang nak kena. Lain kali jangan la lambat2    kan solat. Ade keje pun pegi solat dulu. Takpe, akak ok je

Dah masuk maghrib;

Bos: Jom2 solat maghrib. Tinggal dulu keje tu nanti sambung balik.


Insaf aku seketika

Saturday, June 16, 2012

Mimpi Jadi Nyata

Hasil perahan otak Nliana pada 9:12 PM 0 insan berkata-kata

Assalamualaikum
Sekarang demam Euro 2012
Team yang aku sokong mestilah England & Germany
Oh ye
Semalam kan game England vs Sweden

Sebelum tu pukul 10 konon2 la nak layan Prince of Persia kan tapi sekali in the middle tertido
Siap mimpi Englaand belasah Sweden 3-2
Lepas tu terjaga
Tengok2 game dah start tapi still 0-0 lagi, kecewa so tido balik
Terjaga lagi England dah 1, tido balik
Lagi sekali terjaga dah 2-2, lagi la kecewa sebab masa tu tinggal +/- 20 minit je kot
Tido balik dan tak bangun2 sampai pagi
Bangun2 je dari tido dapat news England menang 3-2
Haha
Tak sangka betul pulak mimpi aku





Ini jersi England aku, siap ade number & nama lagi!!


Jersi Germany pun ada jugak tapi tak snap gambanye




Sembang2 pasal Euro dengan beliau lepas aku bengang yang amat dekat kawan aku
Dia suruh tengok bola malam ni bagi hilang stress
Aku pulak cakap group A aku tak layan
Dia cakap aku kerek
Aku tanya dia sokong mana
Dia balas dia sokong Filipina
Aku gelakkan je, pandai je buat kelakar masa aku tengah bengang
BTW, beliau sangat kelakar!!!




Tuesday, May 29, 2012

Kawan Kah Sebegitu?

Hasil perahan otak Nliana pada 8:33 PM 0 insan berkata-kata
Assalamualaikum
Kawan
Semua orang ade kawan kan?
Tapi berapa kerat sangat kawan yang same2 bila susah & senang?




Kau
Yang aku panggil kawan
Tapi xtau la sekarang nak panggil ape
Mase kau susah dulu, sape yang selalu tolong kau?
Aku kan?
Bila kau ade masalah, kau cari aku
Bile kau susah, kau cari aku
Terus kau ingat aku
Bile aku x dapat nak tolong, kau cakap aku macam2
Macam lah kesalahan besar kalau x dapat tolong kau
Tapi
Bile kau xde masalah, kau tak cari aku pun
Bile kau senang, kau tak cari aku pun
Terus kau lupa aku
Bile aku dah tolong kau, kau tak pernah pun nak ucapakan 'terima kasih'




Sampai satu ketika
Tibe2 aku nampak kat FB kau, 'in a relationship'
Patut lah x pernah2 nak mesej aku
Patutlah x pernah2 nak ajak aku lepak lagi
Aku x kisah kau nak bercouple dengan sape pun
Tapi
Bile couple kau ade, kau lupe aku
Bile couple kau xde, kau baru nak ingat aku




Kau pernah kata yang aku dah xnak kawan dengan kau lagi
Kau siape nak cakap aku macam tu?
Layak ke kau cakap macam tu?
Kau x sedar ape yang kau dah buat dekat aku
Dan kau memang x nak sedar dan fikir pun kan




Patut kah aku 'simpan' kau lagi?

Monday, May 28, 2012

Baru!! Baru!! Baru!!

Hasil perahan otak Nliana pada 9:24 PM 0 insan berkata-kata
Assalamualaikum
Baru? Ape yang baru?
Tukar template baru lagi?
Ok kali ni ade unsur PINK di situ!!
PINK?
Adeh boleh pengsan macam ni
Sejak bila pulak aku minat kaler PINK?
Confuse kejap!!!
Ok bai

Sunday, April 29, 2012

Eh Mak Aku Biar Betul?

Hasil perahan otak Nliana pada 12:37 AM 0 insan berkata-kata
Assalamualaikum
Tadi pergi jalan2 dekat Alor Star
Kitorang singgah satu kedai sebab adik aku nak beli seluar
So, dia masuk dalam kedai dengan mak teh aku
Aku and mak dok usha2 barang dekat luar
Last2 mak aku nampak dulang hantaran yang ada stand tu


Mak: Tengok berapa ringgit
Aku: RM13.90
Mak: Murah jugak. Nanti esok2 nak kawen bla bla bla (x dengar ape mak aku cakap sebab jauh)
Aku: Ok gak ni. Awang suruh tengok2 kan hantaran (cousin aku)
Mak: Bila?
Aku: Hujung tahun ni katanya
Mak: Owh, ntah2 nanti Awang kawen dulu dari hang
Aku: (Speechless macam nak pengsan)



Betul ke mak aku ni?
Tak pernah2 kot

Tuesday, April 24, 2012

Dah Basi Punya Cerita

Hasil perahan otak Nliana pada 8:28 PM 0 insan berkata-kata









Assalamualaikum
Ini cerita lama
Tapi sangat bermakna
Kembali pada bulan 11 tahun lepas
Lepas habis kelas dengan British Council
2 minggu berkampung dekat Lumut; Outward Bound School
"Mati lah aku", itu je yang aku fikir



9/11
Bertolak dari KL, sampai tengah hari. Sampai2 je dah kena divide group. Aku dapat group Jerai tapi dekat OBS group diorang panggil Watch. Lepas tu, kena tinggal barang2 dekat instructor. Oh, nama dia Encik Najib. Muka gila nak serious selalu. Konon2 nak bagi orang takut. Tapi dalam hati ada taman. Sengal boleh tahan. Nak aje aku sekeh2 dia. Handphone; nak senang cerita segala jenis gajet la, barang makanan, purse pun kena tinggal gak. Ok, sabar je la kan. Lepas tu gerak naik dorm masing2. Dan ok, sangat tinggi nak sampai dorm pun. Eh, dorm ke eh diorang panggil?Malamnye takde ape. Cuma sesi kenal2 je.




Yang paling bawah tu dorm aku, Ledang



10/11
Pagi: Jogging area kampung dekat Lumut tu. Fuh, gila punya jauh. Semput mak, nak!!! Rule jogging ni senang je. Kena buat satu barisan panjang. Sape yang lari laju dekat depan, yang paling laju dekat belakang. Orang belakang kena ikut rentak orang depan. Tak boleh potong barisan.


Tengah hari: Knotting class. Ok, agak fail di situ kan sebab dah lama tak buat. Encik Najib ni suka betul gelakkan orang bila orang buat salah. Aku paling tak reti buat clove hitch!! Bengang dengan diri sendiri. Lepas tu, belajar pulak pasang khemah. Sumpah dah lama tak buat benda2 macam ni. Lepas tu, ade kelas belay intro. Kena panjat dinding sampai atas bumbung then bila dah sampai kena cakap "I love bla bla bla". Hoi, gayat kau. Bila nak turun bawah kena letak tangan kat belakang then orang kat bawah akan turunkan kita. Ok, aku dah macam nak nangis2 tak nak turun sampai Encik Najib kata "Awak kena percaya dekat kawan awak, kalau tak sampai bila awak tak turun".

Petang: Main game tengah2 panas. Ada 5 games. 1st game kitorang lead tapi last2 kalah. So, kitorang saja buat lambat2. Orang lain dah dapat tempat berteduh tapi kitorang masih di tengah2 panas.


Malam: Briefing untuk esok.


11/11
Pagi: Jogging lagi. Semput mak lagi, nak!! Lepas tu belajar set up whaler and belajar cara2 nak rowing. Pandai la jugak kot mendayung sebab dah biasa berkayak tengah laut zaman muda2 dulu.


Petang: Start whaling. Best jugak rupanya. Dengan angin laut lagi kan. Le
pas tu siap ada water confident lagi, ok. Kena berenang di sekeliling mother boat. Heh!! Mother boat tu besar tau tak. Itu 1st time berenang tengah2 laut. Nasib baik pandai jugak sikit2.

Malam: Briefing sea expedition to Pantai Syawal, get ready barang2 untuk esok.


Ini whaler without sail




12/11

Pagi: Hujan yang sangat lebat, kilat sabung menyabung, guruh lagi. After a while, ok dah then terus load barang atas whaler. Ombak kuat jugak la. Terus aku mabuk laut, muntah along the way sampai Pantai Syawal. 6 jam kot.

Petang/Malam: Sampai2 je terus set up khemas, masak untuk dinner. Lepas tu, tido.


13/11
Pagi: Siap2 nak balik OBML. Ok, kali ni boleh row sampai OBML. Tapi, tukar2 shift jugak la. Sampai2 terus kemas2 barang, simpan balik dalam stor.

Petang: Belajar baca kompas dengan peta. Mini jungle trekking. Motif; kena keluar dari hutan sebelum 5.45 and kena selesaikan puzzle. Tapi, macam2 pulak jadi sepanjang perjalanan. Last2 puzzle tak siap terus cari jalan keluar.

Malam: Briefing untuk land expedition to Teluk Batik. Prepare barang2 untuk esok.


14/11
Pagi: Start masuk hutan. Bag pack sangat berat ok. Dalam beg aku, paling berat tin sardin. 1st peak, sangat curam. Disebabkan beg berat, peak curam, masa hiking tu tin sardin menekan2 pinggang. Ada teammate aku semput tengah2 jalan. Aku pun semput jugak. Tak tau la berapa perhentian dah aku stop. Sampai satu tahap, bagi teammate aku yang lelaki bawak tent sheet aku yang berat tu. Lepas tu, bagi segala tin yang ada dekat teammate lelaki yang lain. Lekat pulak pacat sekor kan dekat pinggang.

Petang: Sampai dalam 3 lebih. Sangat mencabar, macam2 jadi sepanjang perjalanan tu. Slide turun bukit la, salah jalan la. Hasilnya, seluar koyak. Seluar baru kot. Nasib baik 2 lapis. Sampai2 je, masak lepas tu belajar hidupkan api dengan teammate.

Malam: Tido lah!!


15/11
Pagi: Balik ke OBML guna short cut. Setengah jam je dah sampai?!! Kemas2 balik barang dalam stor.

Petang: Wall climbing.

Malam: Briefing solo camping.


16/11
Pagi: Hot seat. Memang hot!! Lepas tu divide dekat camp site masing2. Aku, pompuan paling atas dan paling jauh. Atas aku semua lelaki. Budak2 pompuan lain semua dekat2?!! Start buat khemah. Tak pernah buat sebelum ni, ok. Cantik jugak la A shaped tent aku.

Petang: Start hidupkan api. Ok, lilin dah separuh nak habis tapi api tak hidup2. Tapi tak leh nak putus asa sebab sorang2. Nasib baik hidup. Masak2 apa yang patut. Secara tiba2 je ada ular sawa melawat kawasan khemah aku. Ingatkan kayu/ranting pokok. Nasib baik aku tak pergi membalas lawatan ular sawa tu. Mujur je dia datang melawat kejap je.

Malam: Pukul 8 dah masuk khemah konon2 nak tido. Alih2 terjaga setiap jam dan bila bangun je mesti check khemah ok ke tak. Ade pulak macam tu kan. Tak risau pulak pasal ular sawa petang tadi.


17/11
Pagi: Pukul 6 dah terjaga, terus kemas2 apa yang patut. Teammate lelaki datang tolong kemas2 barang. Gerak balik OBML. Sampai2 je terus simpan barang masuk stor.

Petang: Prepare untuk BBQ. Then buat rehearsal untuk performance malam nanti.

Malam: BBQ


18/11
Pagi: Gerak balik!!!


OBS. Banyak benda dapat dari sana. Kerjasama, jangan give up and paling penting; believe in yourself. Aku berjaya jugak survive 10 hari dekat Lumut tu. Experience dekat Lumut tu aku sedang berusaha untuk apply dalam kehidupan sekarang.

Friday, February 10, 2012

The Most Thing That I Regret In My Life

Hasil perahan otak Nliana pada 8:01 PM 0 insan berkata-kata
Assalamualaikum

Panjang kan tajuk dia?
Itu tajuk public speaking aku petang tadi
My mentor; Mr Loghan cakap buat tajuk yang very close to the heart, yang senang nak cerita...so that's it
This is the same story when i was punished masa lambat masuk training dulu
Masa tengah cerita tu memang bercucuran air mata MySpace
Sampai orang lain pun menangis jugak, sedih la maksudnya


This is what I did this evening....




Regret; I believe that all of us have this kind of feeling, even once in our entire life. Back when I was a kid, I lived with my grandparents and that's make me very close to them. So, what had happened between me and them really makes me feel regret up until today.

In 2001, my grandfather passed away. Actually, I'm very interested in photography even I was 13 years old at that time. So, one day he saw me took some pictures of the flowers. He then said, "it's better if you take my picture rather than those flowers, dear". I just said to myself that I'll take his picture later without realizing that it was my last roll because those days we don't have digital cameras, right?After quite a some time, he passed away without I had a chance to take pictures together with him.

The following year, my grandmother passed away. She's very healthy all the time and we never thought that she can get stroke. It happened on the fasting month. So, normally after I've finished my sahur, I'll be beside her everyday. On the day she passed away, I was very lazy to wake up and I just want to continue sleeping and only in the morning I realized that she had passed away.

What happened to me is so called unfinished business that I don't even have a chance to settle it. Even I regret it so much, I can't turn back the time. As a lesson, I'll try to fulfill my parents' wishes and be by their side as much as I can.

Thank you.


I've overcome my fear of delivering a speech and I can control my emotion. I didn't believe that I can do that.


Bak kata Mr Loghan; it's too late to regret MySpace



Please, try to appreciate those who appreciate you so much before you loss them~MySpace

Any Message?

 

One Moment In Time Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review