Sunday, April 29, 2012

Eh Mak Aku Biar Betul?

Hasil perahan otak Nliana pada 12:37 AM 0 insan berkata-kata
Assalamualaikum
Tadi pergi jalan2 dekat Alor Star
Kitorang singgah satu kedai sebab adik aku nak beli seluar
So, dia masuk dalam kedai dengan mak teh aku
Aku and mak dok usha2 barang dekat luar
Last2 mak aku nampak dulang hantaran yang ada stand tu


Mak: Tengok berapa ringgit
Aku: RM13.90
Mak: Murah jugak. Nanti esok2 nak kawen bla bla bla (x dengar ape mak aku cakap sebab jauh)
Aku: Ok gak ni. Awang suruh tengok2 kan hantaran (cousin aku)
Mak: Bila?
Aku: Hujung tahun ni katanya
Mak: Owh, ntah2 nanti Awang kawen dulu dari hang
Aku: (Speechless macam nak pengsan)



Betul ke mak aku ni?
Tak pernah2 kot

Tuesday, April 24, 2012

Dah Basi Punya Cerita

Hasil perahan otak Nliana pada 8:28 PM 0 insan berkata-kata









Assalamualaikum
Ini cerita lama
Tapi sangat bermakna
Kembali pada bulan 11 tahun lepas
Lepas habis kelas dengan British Council
2 minggu berkampung dekat Lumut; Outward Bound School
"Mati lah aku", itu je yang aku fikir



9/11
Bertolak dari KL, sampai tengah hari. Sampai2 je dah kena divide group. Aku dapat group Jerai tapi dekat OBS group diorang panggil Watch. Lepas tu, kena tinggal barang2 dekat instructor. Oh, nama dia Encik Najib. Muka gila nak serious selalu. Konon2 nak bagi orang takut. Tapi dalam hati ada taman. Sengal boleh tahan. Nak aje aku sekeh2 dia. Handphone; nak senang cerita segala jenis gajet la, barang makanan, purse pun kena tinggal gak. Ok, sabar je la kan. Lepas tu gerak naik dorm masing2. Dan ok, sangat tinggi nak sampai dorm pun. Eh, dorm ke eh diorang panggil?Malamnye takde ape. Cuma sesi kenal2 je.




Yang paling bawah tu dorm aku, Ledang



10/11
Pagi: Jogging area kampung dekat Lumut tu. Fuh, gila punya jauh. Semput mak, nak!!! Rule jogging ni senang je. Kena buat satu barisan panjang. Sape yang lari laju dekat depan, yang paling laju dekat belakang. Orang belakang kena ikut rentak orang depan. Tak boleh potong barisan.


Tengah hari: Knotting class. Ok, agak fail di situ kan sebab dah lama tak buat. Encik Najib ni suka betul gelakkan orang bila orang buat salah. Aku paling tak reti buat clove hitch!! Bengang dengan diri sendiri. Lepas tu, belajar pulak pasang khemah. Sumpah dah lama tak buat benda2 macam ni. Lepas tu, ade kelas belay intro. Kena panjat dinding sampai atas bumbung then bila dah sampai kena cakap "I love bla bla bla". Hoi, gayat kau. Bila nak turun bawah kena letak tangan kat belakang then orang kat bawah akan turunkan kita. Ok, aku dah macam nak nangis2 tak nak turun sampai Encik Najib kata "Awak kena percaya dekat kawan awak, kalau tak sampai bila awak tak turun".

Petang: Main game tengah2 panas. Ada 5 games. 1st game kitorang lead tapi last2 kalah. So, kitorang saja buat lambat2. Orang lain dah dapat tempat berteduh tapi kitorang masih di tengah2 panas.


Malam: Briefing untuk esok.


11/11
Pagi: Jogging lagi. Semput mak lagi, nak!! Lepas tu belajar set up whaler and belajar cara2 nak rowing. Pandai la jugak kot mendayung sebab dah biasa berkayak tengah laut zaman muda2 dulu.


Petang: Start whaling. Best jugak rupanya. Dengan angin laut lagi kan. Le
pas tu siap ada water confident lagi, ok. Kena berenang di sekeliling mother boat. Heh!! Mother boat tu besar tau tak. Itu 1st time berenang tengah2 laut. Nasib baik pandai jugak sikit2.

Malam: Briefing sea expedition to Pantai Syawal, get ready barang2 untuk esok.


Ini whaler without sail




12/11

Pagi: Hujan yang sangat lebat, kilat sabung menyabung, guruh lagi. After a while, ok dah then terus load barang atas whaler. Ombak kuat jugak la. Terus aku mabuk laut, muntah along the way sampai Pantai Syawal. 6 jam kot.

Petang/Malam: Sampai2 je terus set up khemas, masak untuk dinner. Lepas tu, tido.


13/11
Pagi: Siap2 nak balik OBML. Ok, kali ni boleh row sampai OBML. Tapi, tukar2 shift jugak la. Sampai2 terus kemas2 barang, simpan balik dalam stor.

Petang: Belajar baca kompas dengan peta. Mini jungle trekking. Motif; kena keluar dari hutan sebelum 5.45 and kena selesaikan puzzle. Tapi, macam2 pulak jadi sepanjang perjalanan. Last2 puzzle tak siap terus cari jalan keluar.

Malam: Briefing untuk land expedition to Teluk Batik. Prepare barang2 untuk esok.


14/11
Pagi: Start masuk hutan. Bag pack sangat berat ok. Dalam beg aku, paling berat tin sardin. 1st peak, sangat curam. Disebabkan beg berat, peak curam, masa hiking tu tin sardin menekan2 pinggang. Ada teammate aku semput tengah2 jalan. Aku pun semput jugak. Tak tau la berapa perhentian dah aku stop. Sampai satu tahap, bagi teammate aku yang lelaki bawak tent sheet aku yang berat tu. Lepas tu, bagi segala tin yang ada dekat teammate lelaki yang lain. Lekat pulak pacat sekor kan dekat pinggang.

Petang: Sampai dalam 3 lebih. Sangat mencabar, macam2 jadi sepanjang perjalanan tu. Slide turun bukit la, salah jalan la. Hasilnya, seluar koyak. Seluar baru kot. Nasib baik 2 lapis. Sampai2 je, masak lepas tu belajar hidupkan api dengan teammate.

Malam: Tido lah!!


15/11
Pagi: Balik ke OBML guna short cut. Setengah jam je dah sampai?!! Kemas2 balik barang dalam stor.

Petang: Wall climbing.

Malam: Briefing solo camping.


16/11
Pagi: Hot seat. Memang hot!! Lepas tu divide dekat camp site masing2. Aku, pompuan paling atas dan paling jauh. Atas aku semua lelaki. Budak2 pompuan lain semua dekat2?!! Start buat khemah. Tak pernah buat sebelum ni, ok. Cantik jugak la A shaped tent aku.

Petang: Start hidupkan api. Ok, lilin dah separuh nak habis tapi api tak hidup2. Tapi tak leh nak putus asa sebab sorang2. Nasib baik hidup. Masak2 apa yang patut. Secara tiba2 je ada ular sawa melawat kawasan khemah aku. Ingatkan kayu/ranting pokok. Nasib baik aku tak pergi membalas lawatan ular sawa tu. Mujur je dia datang melawat kejap je.

Malam: Pukul 8 dah masuk khemah konon2 nak tido. Alih2 terjaga setiap jam dan bila bangun je mesti check khemah ok ke tak. Ade pulak macam tu kan. Tak risau pulak pasal ular sawa petang tadi.


17/11
Pagi: Pukul 6 dah terjaga, terus kemas2 apa yang patut. Teammate lelaki datang tolong kemas2 barang. Gerak balik OBML. Sampai2 je terus simpan barang masuk stor.

Petang: Prepare untuk BBQ. Then buat rehearsal untuk performance malam nanti.

Malam: BBQ


18/11
Pagi: Gerak balik!!!


OBS. Banyak benda dapat dari sana. Kerjasama, jangan give up and paling penting; believe in yourself. Aku berjaya jugak survive 10 hari dekat Lumut tu. Experience dekat Lumut tu aku sedang berusaha untuk apply dalam kehidupan sekarang.

Any Message?

 

One Moment In Time Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review